29 Juni 2009

MJ tanda tangan waran mati


Raja pop, Michael Jackson didakwa ketakutan untuk beraksi di 50 konsertnya di London tapi terpaksa melakukannya kerana bimbang dibunuh jika tidak berbuat demikian. “Saya pasti dibunuh jika tidak melakukan konsert itu,” katanya kepada beberapa rakannya.Kesihatan mental penyanyi itu didakwa semakin teruk beberapa hari sebelum dia meninggal dunia Khamis lalu.Akibat terlalu bergantung kepada ubat, Michael didakwa menjadi mangsa sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini iaitu perasaan takut menaiki pentas.


“Ramai bimbangkan kesihatan mentalnya sejak akhir-akhir ini. “Michael mendakwa tersepit dan bimbang akan terbunuh atau dibunuh jika tidak beraksi di konsert itu.“Dia berulang kali berkata terpaksa melakukannya kerana hutangnya yang menimbun. “Rakan-rakannya turut menganggap dia menandatangani waran mati apabila bersetuju melakukan 50 konsert itu. “Michael tidak memiliki ketahanan fizikal mahupun mental untuk melakukannya,” kata sumber rapat dengan penyanyi itu.Pembantunya juga bimbang melihat perubahan sikap Michael yang mendadak dari semasa ke semasa.Ada ketika dia begitu bersemangat tapi beberapa pada masa lain, dia murung dan tidak mengendahkan mereka yang di sekelilingnya.


Usaha memujuknya supaya menangguhkan konsert atas alasan kesihatan turut ditolaknya mentah-mentah.“Hutang saya keliling pinggang. Mereka akan bunuh saya jika tidak menyanyi di London,” kata Michael.Bagaimanapun tiada siapa tahu siapa yang dimaksudkan Michael.Michael yang dilapor hampir muflis bakal memperoleh bayaran RM291 juta daripada 50 konsert di London itu.Sehingga ini, keluarganya belum mengumumkan persiapan mengenai pengebuimiannya.Dia dibesarkan sebagai penganut Jehovah's Witness tetapi sebelum kematiannya, dia dilapor memeluk Islam.

0 comments: